Showing posts with label baitul muslim. Show all posts
Showing posts with label baitul muslim. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Suami sOleh ^_^








1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Monday, January 28, 2013

anMum = supeRmom = 30 mins


assalamualaikum wbt..

sebanyak-banyak waktu 24 jam..tang malam jgk nk menulis coret-coret kat dinding blog :) x th la..yg tahu lani, bila siang, mmg super duper 'rajin' utk update blog..nk hadap lptop pun da byk enzim2 malas duk amik part..lps2 ni x th la jd mcm mn..kn cr co-pilot kot utk update kisah2 hikayat kat blog yg ohsemm ni.. :)


santai-santai malam..lets talk about the new thing happen starting this week.. al kisahny bermula when tahu diri da pregnant..so, bila ibu-ibu mengandung mmg xde benda lain yg akan dikaitkan..the bestie during pregnancy kn minum susu..( bg byk org, minum susu mcm kunyah kacang je la kot )..but for me..minum susu mcm kn pksa telan durian sebiji utk stiap hari..""mmg mmg super duper triple ohsemm""..


last week, start survey about brand susu mn yg most suitable and terbaik (of coz naluri keibuan mahu berikan yg terbaik untuk anak kan..) then, after discus2 dgn cik abang hunny bunny yg tgh berjihad nk bertempur esok di hspital , decide untuk amik Anmum.. saranan doktor peribadi ni..untung ad doc peribadi :)

afterthat..p la kedai @ billion kecik dkt area maahad lelaki..duk termenung dpn rak susu plk utk 10 min..nk kn decide plk nk amik original or choc flavor..( org lain, x suka wrna putih, blh amik yg koko..me?? consider the original cmpare to choc..mntang2 tuan empunya badan x minum sbrg yg sangkut paut dgn milo ni..aishh nasib badan.

kemudian, keesokannya hikayat pun bermula..tgk cara nk minum..mak aihh, skali kn masukkan 4 sudu ( mmg rs lembu la jwbnya..hikhik )..tp buat je gaya 4 sudu..satu-satu sudu tu x penuh pn..kire 3 je la kot..( bab2 ngelat mmg pro isteri abang ni kan..:) )..tp xpe, yg penting M.I.N.U.M !!! udahlah sehari 2 gelas..mmg redha je duk hadap mug2 susu tu..so, now..time nur ad 23 jam je.1 jam da spend utk minum susu..skali mnum 30 min..( isteri sape la gaya ngalahkan budak..hikhik )





tp nk mnum susu x mgkin utk hadap segelas susu semata2 in a one shot mnum..nk abiskan segelas tu ad la 6 kali minum..skali minum maximum 3 teguk je blh jln..da test lbih dr tu..trus rs nk loya je..( mcm2 ragam puan Nur ni..)..then, gn susu tu plk msti ad segelas lg air kosong sbg selingan tiap2 kali minum susu..sometimes siap dgn kuih/buah bagai lg.. ( mcm mn la x 30 min kan?? ).. tp, mujurlah da praktis minum susu since tahun lps lg..xde la truk sgt..klau x,maunya sejam baru abis..:)


walaubagaimanapun..anggaplah ini sbg latihan utk kekuatan mental..utk kepentingan baby yg sdg membesar..ini adlh salah satu hak anak yg perlu ditunaikan oleh seorang ibu utk memberikan keperluan nutrien yg terbaik & mengcukupi..ibu susah n payah utk nk mnum susu semua itu blh diatasi asalkan perkembangan dan pertumbuhan anak ibu baik.. :)--ayat2 penyedap hati belaka ni..---


p/s :: nanti abi pulang,nur bg abg minum ye.. ^_^

Sunday, January 27, 2013

oUr takliFan = ADIL



Assalamualaikum wbt..

this dedicate to my beloved husband, Mr. Lukmanul Hakim ^_^

alhamdulillah n insyaallah, da lbih sebulan since abg lafazkan lafaz sakinah 23 Dis yg lalu..dgn termeterai lafaz pernikahan, ia adalah detik permulaan baru dalam hidup sayang & abang.. andai sebelum ini, nur dan abg hanya memegang title sebagai anak & pelajar..namun, semakin menginjak masa dan bertambahnya umur, taklifan diri juga makin membesar..

bagi nur, semua tanggungjawab dan taklifan yg kita sign MOU boleh diumpamakan bagaikan gambar rajah Venn.. still remember it, abg ? dlm medic ad ke aplikasi g/rajah ni?? dlm kamus cikgu banyak je aplikasi.. :)





semua tugas dan t/jawab saling berkait di antara satu sama lain..and apa yg nur faham..ianya x dpt dilakukan satu persatu or step by step like other works..pada waktu yg sama, detik yg sama..semua tugas perlu kita lakukan..dan semua ini merangkumi pd satu tugas dan amanah yg SATU :: KHALIFAH & HAMBA ALLAH

oleh sebab itu betapa hikmahny dan cantikny susun atur cara hidup islam..nur x pasti sama ada kata-kata ni hadis ataupun dr cendiakawan.. namun, ia adlh sgt bemakna..
tazkirah ketika di bumi naim dulu..ad ustaz kata:: proses pendidikan anak adalah bermula 20 tahun sebelum itu lg..:nur ambil contoh perkahwinan kita ye :)

ini bermakna persediaan untuk mentarbiyyah bakal zuriat kita adalah bermula since nur dan abang 5 tahun lagi..sebabny, akhlak, tingkah laku, biah dan waqi' pasangan ibu bapa menetukan corak dan warna zuriat mereka kelak..thats why, nur andaikan all the responsibilities kita perlu lakukan secara serentak..not one by one.. sejak kita pegang dua title terawal dahulu, nur yakin..nur dan diri abang juga menyiapkan diri untuk menjadi bakal suami/isteri dan ibu bapa kan..ia bukanlah bermula pd saat nur dan abang mula kenal pd Mac tahun lps..ia telah bermula sejak awal lg tanpa kita sedar..

semasa kat naim juga, teacher nur juga ada pesan..nur ingat smpai sekarang n menjadi amalan nur..

" awak semua sepatutny da mula untuk minta doa agar diberikan suami yg terbaik & zuriat yg soleh sebagaimana yg kamu mahu. saya tahu, mmg semua geli belaka bila ckp hal kahwin n masa depan..tapi, kita x tahu bila doa kita akan makbul..dengan doa, ia menjadi penguat kat diri sendiri..jika duk mnta doa yg elok, baik..mesti kamu semua malu kan nak buruk akhlak..sdh tentu malu dgn doa sendiri... "

if x silap nur, masa ni nur form 3..walaupun berbisa n pedas ayat, namun ia bermakna kan abang?

alhamdulillah, nur syukur sgt bila bertemu dgn abang dan abang menjadi imam nur..dan betapa bahagianya dan syukur dgn nikmat yg x putus ALLAH kurniakan untuk Nur..walaupun br bergelar zaujah abang, ALLAH berikan pula nikmat dunia kedua terbesar dlm hidup Nur..bakal menjadi ibu.. betapa mudahnya dan indahny perancangan yg ALLAH susun buat Nur..mudah-mudahkan dgn nikmat-nikmat yg Nur peroleh ini semua tidak menjadi ujian buat diri Nur malah ia mendekatkan lagi diri Nur dan abang dgn ALLAH..insyaALLAH :)



hari ke-3 as husband & wife


Abang,

bittaufiq wa najah fi imtihan..


p/s :: menghitung hari untuk bertemu dg doc cinta :) nur rindu abang sangat coz ada org da genggam hati nur kemas2 & bawa terbang bersama-sama dg dirnya..

I LOVE U..


wassalam

lovely zaujah








Wednesday, January 2, 2013

ceritera Kami :: part 1


sudah 10 hari kita sbg suami isteri..mudah-mudahan abang bahagia dan senang sbg suami Nur.. belum terlambat kan untuk Nur ucapkan selamat pengantin baru untuk abang :)

terima kasih menjadi suami Nur and hadiah yg plg bermakna dlm hidup Nur menjadi isteri abang..

this song dedicate to my lovely husband..sama2 kt mengambil ibrah dr lirik lagu ini :)



Selamat Pengantin Baru
by :: hijjaz

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



berdebar tak abg time ni ??
:)

Tuesday, December 11, 2012

ChecklisT



13 days to go..

banyak benda yg perlu dibuat dan difikirkan..( tp..rs2 mcm byk duk relaks je lg ^_^ ) kalut2 and bimbang dalam hati je..luaran maintain cool and steady..br ad gaya skit kan..

checklist?? x th kali ke brp da buat checklist..ni checklist kat sini pula sng..skali tulis kat kertas,skali cmpk ntah ke mana..skali tulis,skali usung bwk p kedai jgk..bl duk main sumbat je sgl resit and bil dlm beg doraemon,sume main buang je lps tu..mmg keje pak pandir btul la.. ( nk buat mcm mn..cikgu kan suka menulis.. :P )

cHecklist 4 the Big day ::

### brg hantaran - 7/9 selesai..2 perlu booking..

### baju akad nikah - checked

### tudung - checked - white, purple,grey & cream ,inner

### veil for akad nikah - under process..handmade by acik

### bunga telur - checked. 145 pieces of carnation

### goodies - biskut : anther 2kg need to process

- potpori

- sweets ( need to buy )

- paper bag

( still unpack.. 3 days before the event will be start the production of goodies )

### inai - checked

### bunting - sdh ditempah

### fitting baju - checked

### andaman - checked

### cameraman - checked : wif nik amar


persediaan fizikal blh dinilai sejauh mana progres kerja yg dibuat..dpt diukur dan diberi penilaian sama ada ia telah selesai atau sebaliknya. namun, jgn dilupa persediaan yg lbih penting yg mana akan digunakan selepas hari tersebut..

sentiasa persiapkan diri dan tingkatkan ilmu agar diri sentiasa bersedia dan berani untuk mengemudi bahtera yg baru.. doa agar fikiran dan hati sentiasa bertindak berandaskan syariat.. mg tiap yg dirancang, tiap yg diusaha, tiap hasil yg diperoleh mndpt MARDHATILLAH.. insyaallah..


lalui hari ini dengan manfaat, hadapi hari esok dengan cemerlang & gembiran..may ALLAH ease us..insyaallah.



Saturday, November 10, 2012

Nasihat Ayah


Moga pesanan ini menjadi panduan & peringatan dalam mengendalikan perjalanan hidup di masa mendatang..
andai sebelum ini dilihat pesanan isteri Auf bin Muhallim pd anak perempuannya, entri kali ni coret2 tentang pesanan ayah kepada anak perempuannya yg bakal menempuhi alam baru..ibrah yg diperoleh hasil khatam 1 buku karya Abd Muta'al Al Jabari since start cuti @ tanam anggur.. :)


++ jauhi pembohongan terhadap suami

++ hindari perasaan terlalu sensitif @ lekas marah

++ Hindari berhias diri secara berlebihan agar rasa cemburu dalam diri suami dapat dibendung

++ elakkan memuji lelaki lain di hadapan suami

++ jangan makan terlalu kenyang, kerana perbuatan tersebut merosakkan kecatikan & menjatuhkan imej perempuan

++ kebahagiaan seorang isteri saling berkait dengan kebahagiaan seorang suami & vice versa

++ patuhi suamimu dengan sedaya-upayamu

++ Laksanakan kewajipan denga penuh keberanian

++ merancang urusan rumahtangga & menjaga kerahsiaan rumahtangga agar kehormatan dan maruah terpelihara

++ tidak membuka/ mengambil barang suami tanpa keizinannya.



SELAMAT MALAM..

>> 1st entry during holiday..mg dipermudahkan jaulah ke Perak esok hari..pengalaman pertama utk drive by using highway Grik yg agak x suka.. ( no wonder xnk mnta sblh utara posting.. ^_^ rahsia da bocor )

Saturday, November 3, 2012

Binaan Cinta







permudahkanlah urusan kami,
tautkanlah hati kami dgn cinta yg diredhai olehMu..


“ Kebahagiaan kita tidak terletak pada Harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlapan perhiasaan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terikat erat pada HATI dan ruh manusia yang mendamba redha Allah SWT.”

Saturday, October 6, 2012

Isteri Solehah

Assalamualaikum wbt..


sudah seminggu oktober menjengah tiba..bila dilihat countdown sebelah kanan makin berdebar perasaan menanti detik itu..pelbagai soalan yg terdetik di denai hati ini.. mampukah saya untuk menjadi bidadari kpd pemilik hati ini? mampukah saya untuk menjadi seorang isteri, menantu & kakak yg terbaik kpd ahli keluarga baru.. mudah2n urusan itu dipermudahkan oleh ALLAH..

bila mana saat makin hampir, dan anak adam ingin membina ikatan perkahwinan sudah tentu syaitan2 laknatullah akan cuba untuk bolak-balikkan hati anak adam..perasaan gentar,takut, was-was ditiupkan dalam diri agar ikatan yang halal tidak terjalin..saya berharap agar perasaan2 ini dijauhkan & hanya kekuatan dari ALLAH disandarkan sepenuhnya. doa dititipkan agar saya dapat menjaga hati ini dan mudah-mudahan keberkatan bersama2 mengiringi ikatan baitul muslim yang akan terjalin..

jadilah isteri solehah yang diredhai suami dan ALLAH agar sakinah, mawaddah & rahmah dapat dicapai.. pesanan isteri 'Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani saya jadikan panduan untuk menjadi isteri solehah..

1. Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya

2.Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya

3.Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum

4.Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan

5.Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya

6.Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana

Monday, September 24, 2012

Perjalanan Cinta...

Assalamualaikum wbt..

Lama menyepi akhirnya entry kedua dapat juga memenuhi ruang dinding yg masih lg kosong. banyak yg ingin dikongsi dan dicurah, namun apakan daya..kesibukan yg teramat sbg final year student membuatkan saya akur akan tuntutan tugas. siang malam silih berganti, x disangka tahun akhir bergelar student dapat juga ditempuhi. masih ada lg sisa baki lebih kurang sebulan untuk bergelar sbg pelajar IPG..

banyak kenangan manis yg telah dilakar dan bakal menjadi bekalan memori kelak sepanjang tahun ini..namun kenangan yang paling manis dan tidak terduga pada tahun ini apabila perjalanan cinta saya bertemu titik noktahnya.. diam tak diam, genap 3 bulan saya bergelar tunangan orang. diam tak diam, hampir 6 bulan tempoh perkenalan kami ( is it true 6 months or more than 20 years ? ) ^_^ sukar untuk saya mencari jawapan untuk persoalan ini..

sahabat2 akrab ramai yang terkejut bila diberitahu saya sudah bertunang n walimah di penghujung tahun nanti..macam-macam reaksi dan ekspresi muka ada..bila diingat kembali boleh tersenyum dibuatnya dengan teletah mereka..macam-macam soalan ditanya sampaikan x terdaya ingin bercerita.. bila kenal dengan encik tunang ? mana jumpa ? macam mana tiba-tiba boleh nak kahwin ? seribu macam persoalan.. semua semangat nak selongkar kisah cinta. mana taknya, diam-diam, tengah2 sibuk dan stress dengan proposal penyelidikan dan praktikum yang memenatkan di sekolah, tiba2 blh ada someone..



KISAH VERSI SYAKIRAH


Saya dan tuan doc a.k.a en tunang adalah rakan sepermainan sejak 20 tahun lepas. iya, kami kenal sejak dari sebelum tadika lg. kami adik-beradik plus beberapa org jiran sekampung sering bersama dan boleh dikatakan setiap hari bermain bersama-sama..mcm2 permainan dimain tanpa mengira lelaki or perempuan..dr main yg simple2 hinggalah yg mencabar, semua explore bersama2. ( mana nk ada rasa malu lagi kot time tu :D )di kampung mmg banyak benda yg kami explore, yg paling x dapat dilupakan apabila geng2 kecik ni memandai je organize ekspedisi mengembara sendiri.. yang mnjadi leader time ni cnfirm2 yang paling tua a.k.a abang long ( abg en. tunang )

then, after kami adik-beradik berpindah bila ummi dah habis belajar, mulalah tak bermain bersama dan jarang-jarang jumpa. finally terus lost contact. jika tak silap time tu umur 9 tahun bila berpindah ke wakaf bharu. bila usia makin bertambah dan dah kenal erti malu, segan..lagilah segan nk jumpa apatah lg nak bertegur sapa. bila balik kampung pun just duk memerap dalam rumah..

selepas tamat UPSR, saya sambung belajar di SMKA NAIM LILBANAT.perihal en tunang masih lagi dapat tahu kerana ummi dan abah memang sering berhubung atas dasar persahabatan dan saudara.time tu dapat tahu yang en tunang sambung belajar di SMKA FALAHIAH.. dan apa yg menariknya, en tunang merupakan anak murid ummi, saya pula anak murid ayahnya semasa form 2..bila result pmr dan spm keluar, cnfirm akan ditelefon utk bertanya khabar. maka, dapatlah tahu serba sedikit tentang prestasi en tunang. malu juga bila dibanding-bandingkan..result PMR blh tahan lg..bila masuk result SPM mmg surrender.. nk buat macam mn, aktif tahap kuasa 2 kat sekolah, semua jawatan dipegangnya.. :)

bila di sekolah perempuan sahaja, bertambah2 rasa malu terhadap kaum Adam..tambahan pula di zaman alam sekolah menengah, saya tinggal di asrama dan terlibat dengan urusan dakwah & kepimpinan..mmg cnfirm x bergaul langsung dengan lelaki..after SPM, saya sambung belajar di matrikulasi..ketika ini mmg x tahu langsung dah tentang perkembangan encik tunang and his siblings..ada juga terlintas nak tahu, tapi malu nak tanya dekat ummi..maka, diamkan saja..selepas matrik setahun, sambung pula ke IPG hingga kini..

betapa tersusunnya perancangan ALLAH, di akhir tahun 2010, ketika itu tengah tgk2 gambar sahabat naim yang belajar di USIM jaulah ke jordan..tiba2 terperasan gambar seorang hamba allah..macam kenal dan yakin bahwa itu adalah en tunang merangkap kawan yg sering diingati, tapi xde nama yg ditag, so, stil lagi was-was.bimbang tersalah orang jika di add friends, x ke malu..so, biarkan saja..







to be continue...



Sunday, September 16, 2012

1st step : Permulaan perubahan

26 Mac 2012..

permulaan yang bakal mengubah the rest of my life,dengan izin ALLAH.

siapa sangka, dengan hanya sekelip mata, seorang muslim telah hadir menghulurkan risikan cintanya..

siapa sangka, doa hamba yg sering dititipkan akhirnya diperkenankan..

tak dapat terduga dek akal dan ianya x pernah dapat digambarkan bahawa detik ini merupakan salah satu rahsia ALLAH yg selama kini terhijab akhirnya tersingkap jua..

siapa sangka, muslim yang soleh ini merupakan insan yg telah sekian lama kenal..

betapa indahnya susunan perjalanan mahabbah yg dilakarkan olehNya untuk diri ini..

bukanlah insan yang perfect didambakan, namun cukuplah jika dia dapat menjadi imam kpd baitul muslim yg dibina..

Salam Perkenalan buat bakal imamku..