Wednesday, September 26, 2012

DIY : 3nvelope


assalamualaikum wbt..

siang malam silih berganti..masih berbaki 3 bulan lg untuk siapkan sgl keperluan untuk majlis walimah..3 bulan rasa macam lama ( plus minus 90 hari kan ^_^ )tapi debaran kian terasa, macam-macam terlintas kat fikiran..isk, be cool n calm..nama pun cikgu kan :)

entry kali ni nak kongsi serba sedikit ttg persiapan walimah..
perihal kad kahwin..tetapi kad kahwin still dalam proses pembikinan lagi ( skrg di bahagian final editing ). so, harap bersabar untuk tunjukkan hasil. everything about kad kahwin semua saya dan en tunang decide utk diy..( do it urself ).reasonnya :

1. bagi kad kahwin yg mahal2, bukan ada org simpan pun.. ( ada sesiapa yg buat koleksi or hobi ke benda ni ? hihi )

2. design sendiri lagi puas hati coz ikut citarasa sendiri..more exclusive

3. harga ?? confirm2 jimat sangat2.. just bujet utk ink, kertas dan envelope. if guna printer external ink, bertambah2 jimat..
kos utk hasilkan 800 keping kad x sampai pun rm 100.. jika tempah, agak2 rm 300 cnfirm kena prepare. if colour2 n fancy kad, lg mahal harganya.

4. saya suka buat kerja lain dari org lain.. seronok design2 something. walaupun sahabat2 cakap, tabahnya nk buat..but saya SUKA & MINAT :)


ini adalah design untuk sampul kad..saya hanya design corak yang simple saja kerana kad kahwin da ukup meriah..

harga hanyalah rm 28.00 untuk 500 keping sampul surat. murah kan? :D


so, en. tunang, adakah anda berpuas hati ?? ^_^




Monday, September 24, 2012

Perjalanan Cinta...

Assalamualaikum wbt..

Lama menyepi akhirnya entry kedua dapat juga memenuhi ruang dinding yg masih lg kosong. banyak yg ingin dikongsi dan dicurah, namun apakan daya..kesibukan yg teramat sbg final year student membuatkan saya akur akan tuntutan tugas. siang malam silih berganti, x disangka tahun akhir bergelar student dapat juga ditempuhi. masih ada lg sisa baki lebih kurang sebulan untuk bergelar sbg pelajar IPG..

banyak kenangan manis yg telah dilakar dan bakal menjadi bekalan memori kelak sepanjang tahun ini..namun kenangan yang paling manis dan tidak terduga pada tahun ini apabila perjalanan cinta saya bertemu titik noktahnya.. diam tak diam, genap 3 bulan saya bergelar tunangan orang. diam tak diam, hampir 6 bulan tempoh perkenalan kami ( is it true 6 months or more than 20 years ? ) ^_^ sukar untuk saya mencari jawapan untuk persoalan ini..

sahabat2 akrab ramai yang terkejut bila diberitahu saya sudah bertunang n walimah di penghujung tahun nanti..macam-macam reaksi dan ekspresi muka ada..bila diingat kembali boleh tersenyum dibuatnya dengan teletah mereka..macam-macam soalan ditanya sampaikan x terdaya ingin bercerita.. bila kenal dengan encik tunang ? mana jumpa ? macam mana tiba-tiba boleh nak kahwin ? seribu macam persoalan.. semua semangat nak selongkar kisah cinta. mana taknya, diam-diam, tengah2 sibuk dan stress dengan proposal penyelidikan dan praktikum yang memenatkan di sekolah, tiba2 blh ada someone..



KISAH VERSI SYAKIRAH


Saya dan tuan doc a.k.a en tunang adalah rakan sepermainan sejak 20 tahun lepas. iya, kami kenal sejak dari sebelum tadika lg. kami adik-beradik plus beberapa org jiran sekampung sering bersama dan boleh dikatakan setiap hari bermain bersama-sama..mcm2 permainan dimain tanpa mengira lelaki or perempuan..dr main yg simple2 hinggalah yg mencabar, semua explore bersama2. ( mana nk ada rasa malu lagi kot time tu :D )di kampung mmg banyak benda yg kami explore, yg paling x dapat dilupakan apabila geng2 kecik ni memandai je organize ekspedisi mengembara sendiri.. yang mnjadi leader time ni cnfirm2 yang paling tua a.k.a abang long ( abg en. tunang )

then, after kami adik-beradik berpindah bila ummi dah habis belajar, mulalah tak bermain bersama dan jarang-jarang jumpa. finally terus lost contact. jika tak silap time tu umur 9 tahun bila berpindah ke wakaf bharu. bila usia makin bertambah dan dah kenal erti malu, segan..lagilah segan nk jumpa apatah lg nak bertegur sapa. bila balik kampung pun just duk memerap dalam rumah..

selepas tamat UPSR, saya sambung belajar di SMKA NAIM LILBANAT.perihal en tunang masih lagi dapat tahu kerana ummi dan abah memang sering berhubung atas dasar persahabatan dan saudara.time tu dapat tahu yang en tunang sambung belajar di SMKA FALAHIAH.. dan apa yg menariknya, en tunang merupakan anak murid ummi, saya pula anak murid ayahnya semasa form 2..bila result pmr dan spm keluar, cnfirm akan ditelefon utk bertanya khabar. maka, dapatlah tahu serba sedikit tentang prestasi en tunang. malu juga bila dibanding-bandingkan..result PMR blh tahan lg..bila masuk result SPM mmg surrender.. nk buat macam mn, aktif tahap kuasa 2 kat sekolah, semua jawatan dipegangnya.. :)

bila di sekolah perempuan sahaja, bertambah2 rasa malu terhadap kaum Adam..tambahan pula di zaman alam sekolah menengah, saya tinggal di asrama dan terlibat dengan urusan dakwah & kepimpinan..mmg cnfirm x bergaul langsung dengan lelaki..after SPM, saya sambung belajar di matrikulasi..ketika ini mmg x tahu langsung dah tentang perkembangan encik tunang and his siblings..ada juga terlintas nak tahu, tapi malu nak tanya dekat ummi..maka, diamkan saja..selepas matrik setahun, sambung pula ke IPG hingga kini..

betapa tersusunnya perancangan ALLAH, di akhir tahun 2010, ketika itu tengah tgk2 gambar sahabat naim yang belajar di USIM jaulah ke jordan..tiba2 terperasan gambar seorang hamba allah..macam kenal dan yakin bahwa itu adalah en tunang merangkap kawan yg sering diingati, tapi xde nama yg ditag, so, stil lagi was-was.bimbang tersalah orang jika di add friends, x ke malu..so, biarkan saja..







to be continue...



Sunday, September 16, 2012

1st step : Permulaan perubahan

26 Mac 2012..

permulaan yang bakal mengubah the rest of my life,dengan izin ALLAH.

siapa sangka, dengan hanya sekelip mata, seorang muslim telah hadir menghulurkan risikan cintanya..

siapa sangka, doa hamba yg sering dititipkan akhirnya diperkenankan..

tak dapat terduga dek akal dan ianya x pernah dapat digambarkan bahawa detik ini merupakan salah satu rahsia ALLAH yg selama kini terhijab akhirnya tersingkap jua..

siapa sangka, muslim yang soleh ini merupakan insan yg telah sekian lama kenal..

betapa indahnya susunan perjalanan mahabbah yg dilakarkan olehNya untuk diri ini..

bukanlah insan yang perfect didambakan, namun cukuplah jika dia dapat menjadi imam kpd baitul muslim yg dibina..

Salam Perkenalan buat bakal imamku..