Friday, July 19, 2013

Buat suami yg tercinta ^_^







tahniah !! ayang dg lil caliph tumpang rasa gembira abang..tahniah, slps 7 tahun mengharungi susah senang dunia belajar perubatan, akhirnya abang berjaya melepasiny.. :) now, da official kena panggil Dr Lukman la kan..tp ayang xmo pn panggil abg yg tu..tu untuk orang2 lain. ayang punye gelaran kat abang adalah "" Dr Cinta ""

TAHNIAH sekali lagi abang sayang..nnt ayang dg baby bg hadiah kat abi ye..wait for us!!

WE LOVE U SO MUCH !!

Monday, July 15, 2013

Doa buat Lil Mujahid...:: 30 weeks pregnancy


alhamdulillah..dgn izin Allah, lil mujahid terus membesar di dalam rahim ibu.sudah 30 minggu lil mujahid mendiami rahim ibu & ini meupakan nikmat kedua yg terindah dlm hidup ibu pabila 2 nikmat diberikan secara serentak oleh Allah dlm hidup ini ::

>>> berkahwin dgn abi & mendapat seorang suami yg cukup sempurna pd pandangan mata ibu
>>> kehadiran lil mujahid di usia perkahwinan yg baru ingin betunas.. :) alhamdulillah, usia lil mujahid adalah sama dgn tempoh perkahwinan ibu & abi. ^_^

masih tergambar lagi kenangan bila mana ibu & abi dpt tahu yg lil mujahid bakal menyerikan keluarga kecil yg baru terbina ini :) ..pengalaman yg tidak dpt dilupakan sebagaimana detik lafaz sakinah pd penghujung disember 2012 yg lalu.

Alhamdulillah summa..sepanjang mengandung 30minggu ini, lil mujahid seorang bayi kecil yg tabah & soleh,insyaallah. x pernah sekalipun memberi kesusahan kpd ibu utk menghadapi alam kehamilan ini. lil mujahid seolah2 memahami keadaan yg dihadapi oleh ibu di mana dgn keberadaan abi yg jauh disebabkan tuntutan ilmu serta ibu yg mempunyai banyak kekangan. syukur pada Allah kerana memudahkan proses ini.mudah-mudahan tempoh kehamilan yg berbaki lebih kurang 10minggu lg dipermudahkan oleh Allah..mg Allah sentiasa melindungi lil mujahid di dalam rahim ibu dari segala kemudaratan & kecelakaan serta gangguan.kasih seorang ibu sentiasa inginkan yg terbaik utk permata hatinya.. ^_^




-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Saturday, July 13, 2013

Parenthood Learning :: Adab Mandikan Bayi Baru Lahir




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.



Saturday, March 30, 2013

aerage fEtal Length & weiGht






Gestational age Length (US) Weight (US) Length (cm) Mass (g)
(crown to rump) (crown to rump)
8 weeks 0.63 inch 0.04 ounce 1.6 cm 1 gram
9 weeks 0.90 inch 0.07 ounce 2.3 cm 2 grams
10 weeks 1.22 inch 0.14 ounce 3.1 cm 4 grams
11 weeks 1.61 inch 0.25 ounce 4.1 cm 7 grams
12 weeks 2.13 inches 0.49 ounce 5.4 cm 14 grams
13 weeks 2.91 inches 0.81 ounce 7.4 cm 23 grams
14 weeks 3.42 inches 1.52 ounce 8.7 cm 43 grams
15 weeks 3.98 inches 2.47 ounces 10.1 cm 70 grams
16 weeks 4.57 inches 3.53 ounces 11.6 cm 100 grams
17 weeks 5.12 inches 4.94 ounces 13 cm 140 grams
18 weeks 5.59 inches 6.70 ounces 14.2 cm 190 grams
19 weeks 6.02 inches 8.47 ounces 15.3 cm 240 grams
20 weeks 6.46 inches 10.58 ounces 16.4 cm 300 grams
(crown to heel) (crown to heel)
20 weeks 10.08 inches 10.58 ounces 25.6 cm 300 grams
21 weeks 10.51 inches 12.70 ounces 26.7 cm 360 grams
22 weeks 10.94 inches 15.17 ounces 27.8 cm 430 grams
23 weeks 11.38 inches 1.10 pound 28.9 cm 501 grams
24 weeks 11.81 inches 1.32 pound 30 cm 600 grams
25 weeks 13.62 inches 1.46 pound 34.6 cm 660 grams
26 weeks 14.02 inches 1.68 pound 35.6 cm 760 grams
27 weeks 14.41 inches 1.93 pound 36.6 cm 875 grams
28 weeks 14.80 inches 2.22 pounds 37.6 cm 1005 grams
29 weeks 15.2 inches 2.54 pounds 38.6 cm 1153 grams
30 weeks 15.71 inches 2.91 pounds 39.9 cm 1319 grams
31 weeks 16.18 inches 3.31 pounds 41.1 cm 1502 grams
32 weeks 16.69 inches 3.75 pounds 42.4 cm 1702 grams
33 weeks 17.20 inches 4.23 pounds 43.7 cm 1918 grams
34 weeks 17.72 inches 4.73 pounds 45 cm 2146 grams
35 weeks 18.19 inches 5.25 pounds 46.2 cm 2383 grams
36 weeks 18.66 inches 5.78 pounds 47.4 cm 2622 grams
37 weeks 19.13 inches 6.30 pounds 48.6 cm 2859 grams
38 weeks 19.61 inches 6.80 pounds 49.8 cm 3083 grams
39 weeks 19.96 inches 7.25 pounds 50.7 cm 3288 grams
40 weeks 20.16 inches 7.63 pounds 51.2 cm 3462 grams
41 weeks 20.35 inches 7.93 pounds 51.7 cm 3597 grams
42 weeks 20.28 inches 8.12 pounds 51.5 cm 3685 grams

Tuesday, March 12, 2013

Sanah Helwah Habibi



assalamualaikum wbt..

12 / 3/ 113

cantikkan tarikh ni abg..sama cantik dgn tarikh 24/2 ^_^

Selamat Hari Lahir Abang sayang

Happy Birthday Abi handsome

Sanah Helwah tuan doktor awesome

... ( x th da bhs pe lg..hikhik )


cinta hati..

wlaupun abang tiada di sisi utk sayang raikan ulang tahun kelahiran abang, sayang hrp dgn nukilan & bicara melalui telefon dpt menggantikan diri nur. tahun pertama nur meraikan bithday org lain selain drpd famili nur..dan bg nur, ini adlh kenangan yg plg bermakna krn pertama kali dpt memberi ucapan kpd insan yg bergelar suami, pemilik hati nur, pemilik cinta nur slps Allah dan Rasul.. :)

maafkan nur whai pemilik hati,

nur x dpt nk buat mcm org lain..keadaan x mengizinkan kita lg :( Namun nur yakin, semua itu hanyalah simbolik shj bg sesebuah majis hari jadi utk tnjukkan rasa ingatan pada diriny..namun, ..wlaupun peluang itu sayang x dpt,setiap prkara ttg abang nur sntiasa ingatiny..hampir 3 bulan sbg isteri abg, dr masa ke semasa nur byk pelajri ttg abg..& insyaallah, ttg diri abg akan sntiasa nur pelajari dan ia tiada satu tempoh yg rigid utk seseorg itu memahami sepenuhny ttg diri seseorg.. ^_^


sayang & baby doakan kpd abg mg diberi nikmat kesihatan jasmani & rohani agar abang sntiasa menjadi hamba yg bertaqwa dan beramal soleh..kami doakan abg dpt menggapai sgl impian abg.walaupun sesukar mana pun ia, sayang harap abi tetap ampuh n always remember that kami sentiasa brd disisi abg..

" seorang isteri adalah sayap kiri perjuangan suaminya ".. doakan nur agar sntiasa dpt mnjdi pendamping abg di setiap saat.. ^_^







sayang abang sgt2..cinta nur pd abang hanyalah kerana Allah.. mdh-mudahan landasan cinta nur dan abg kekal pd jalan diredhaiNYA..





ayang bg kat abg a bouquet of carnations <3 <3

carnation adlh simbolik perasaan syg kat abang..

carnation mean that syg sgt menghargai abg & abang adlh seorang yg menyenangkan.
carnation juga adlah simbolik pd tarikan cinta..^_^

thats why ur sweet zaujah gives this flower ^_^
i'm in love with you, doc cinta :)


sayonara !!

wassalam wbt..

am i a sweet person darling ?? ^_^

Monday, March 11, 2013

a part of Husband ~ wiFe

wlau digelar married students.., but the happiness always surrounding bilamana insan yg digelar suami & isteri saling menerima dan memberi tanpa sbrg syarat penghalang.. :)

kenangan pengubat rindu ubat suami tercinta yg jauh di mata..namun sntiasa hadir dlm aliran darah dlm diri syg ^_^




















sweet x abg??

Sunday, March 10, 2013

Kemaaafan itu Umpama salju....



Sekadar nukilan tazkirah untuk ingatan diri sendiri(Abie) yang penuh dengan kelemahan.


Life is too short for us to fill it with hatred espsecially among spouse.Itulah ungkapan yg paling sesuai yg abg bleh ingat dalam aplikasi pada nukilan hari ni.Bile diimbas kembali episode2 kemarahan yg pernah berlaku,timbul persoalan dlm diri...Allah itu bersifat Al-`Afu(Maha Pemberi Maaf) yg sudah berjanji awal2 lagi jika hambanye meminta ampun atas dosa yg kite lakukan nescaya Dia sanggup memaafi kita kecuali dosa syirik.Namun,persoalan timbul apakah manusia itu lebih mulia dari Allah utk tidak memaafkan saudara mereka?Apakah diri kite terlalu sempurna lalu kite membertak org lain yg membuat dosa dgn kite bahkan amat malang sekali jika wujud perasaan diri yg bongkak.Sessunguhnye,manusia lebih2 lagi berhak memaafkan saudara mereka jika ade dosa sesame mereka dan org yg paling berhak adalah suami isteri.

Apakah berbaloi dalam sebuah pernikahan yg begitu suci dan kite telah berikrar utk setia dgn pasangan kite ttapi dlm mase yg same kite membiarkan emosi marah menguasai diri lalu tercedera berdarah hati pasangan kite.Apakah kite puas dgn hidup begitu?Namun,itu bukan persoalan utama yg harus kite fikirkan tetapi bahkan apakah Allah suka(ridha) bile kite dalam keadaan sebegitu?Tepuk dada tanye iman.Disinilah titik tolak dimane syaitan akan terus membesar-besar perkara yg remeh supaya di tumbulkan perasaan benci kpd suami/isteri agar mereka goyah dlm pernikahan yg sememangnye amat di benci oleh syaitan.

Maka,rentetan dari itulah Rasullullah memberi formula/ubat mujarab yg perlu lakukan bila sifat marah mengusai diri sebagai contoh dgn berwuduk.Ingatlah,kerana cinta Allah terus sudi memaafkan dan kerana cinta jugalah kite seharusnye sudi memaafkan kesalahan kesalahan pasangan kite hnye kerana mengharapkan kemaafan Allah jua.Dan ingatlah,kite mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita,Tetapi kerana peritah Allah agar mencintai mereka.

Jom,kite tukarkan default setting dlm hidup kite dgn berjanji kpd hati kecil kite supaya selalu berlapang dada dgn suadara kite yg meminta maaf kerna kadang2 kite terlupa bahawa Allah sedang menguji kite atas kesabaran kite.Dan ingatlah pahala atas kesabaran itu terlalu besar pahalanye dan marilah kite saling maaf-memaafi sesame hamba Allah .Bersangka baiklah dgn saudara kite walauapun terkadang perit utk menerimanye .
~carilah kesalahan kite serbu kali dulu sebelum kite mencari kesalahan saudara kite,kerna boleh jadi tindakan saudara kite itu adalah refleksi kesalahan kite yg chronic terhadap saudara kite jua~

sekian teme kasih


Abang mencintai sayang kerana Allah ^_^