Friday, July 19, 2013

Buat suami yg tercinta ^_^







tahniah !! ayang dg lil caliph tumpang rasa gembira abang..tahniah, slps 7 tahun mengharungi susah senang dunia belajar perubatan, akhirnya abang berjaya melepasiny.. :) now, da official kena panggil Dr Lukman la kan..tp ayang xmo pn panggil abg yg tu..tu untuk orang2 lain. ayang punye gelaran kat abang adalah "" Dr Cinta ""

TAHNIAH sekali lagi abang sayang..nnt ayang dg baby bg hadiah kat abi ye..wait for us!!

WE LOVE U SO MUCH !!

Monday, July 15, 2013

Doa buat Lil Mujahid...:: 30 weeks pregnancy


alhamdulillah..dgn izin Allah, lil mujahid terus membesar di dalam rahim ibu.sudah 30 minggu lil mujahid mendiami rahim ibu & ini meupakan nikmat kedua yg terindah dlm hidup ibu pabila 2 nikmat diberikan secara serentak oleh Allah dlm hidup ini ::

>>> berkahwin dgn abi & mendapat seorang suami yg cukup sempurna pd pandangan mata ibu
>>> kehadiran lil mujahid di usia perkahwinan yg baru ingin betunas.. :) alhamdulillah, usia lil mujahid adalah sama dgn tempoh perkahwinan ibu & abi. ^_^

masih tergambar lagi kenangan bila mana ibu & abi dpt tahu yg lil mujahid bakal menyerikan keluarga kecil yg baru terbina ini :) ..pengalaman yg tidak dpt dilupakan sebagaimana detik lafaz sakinah pd penghujung disember 2012 yg lalu.

Alhamdulillah summa..sepanjang mengandung 30minggu ini, lil mujahid seorang bayi kecil yg tabah & soleh,insyaallah. x pernah sekalipun memberi kesusahan kpd ibu utk menghadapi alam kehamilan ini. lil mujahid seolah2 memahami keadaan yg dihadapi oleh ibu di mana dgn keberadaan abi yg jauh disebabkan tuntutan ilmu serta ibu yg mempunyai banyak kekangan. syukur pada Allah kerana memudahkan proses ini.mudah-mudahan tempoh kehamilan yg berbaki lebih kurang 10minggu lg dipermudahkan oleh Allah..mg Allah sentiasa melindungi lil mujahid di dalam rahim ibu dari segala kemudaratan & kecelakaan serta gangguan.kasih seorang ibu sentiasa inginkan yg terbaik utk permata hatinya.. ^_^




-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Saturday, July 13, 2013

Parenthood Learning :: Adab Mandikan Bayi Baru Lahir




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.



Saturday, March 30, 2013

aerage fEtal Length & weiGht






Gestational age Length (US) Weight (US) Length (cm) Mass (g)
(crown to rump) (crown to rump)
8 weeks 0.63 inch 0.04 ounce 1.6 cm 1 gram
9 weeks 0.90 inch 0.07 ounce 2.3 cm 2 grams
10 weeks 1.22 inch 0.14 ounce 3.1 cm 4 grams
11 weeks 1.61 inch 0.25 ounce 4.1 cm 7 grams
12 weeks 2.13 inches 0.49 ounce 5.4 cm 14 grams
13 weeks 2.91 inches 0.81 ounce 7.4 cm 23 grams
14 weeks 3.42 inches 1.52 ounce 8.7 cm 43 grams
15 weeks 3.98 inches 2.47 ounces 10.1 cm 70 grams
16 weeks 4.57 inches 3.53 ounces 11.6 cm 100 grams
17 weeks 5.12 inches 4.94 ounces 13 cm 140 grams
18 weeks 5.59 inches 6.70 ounces 14.2 cm 190 grams
19 weeks 6.02 inches 8.47 ounces 15.3 cm 240 grams
20 weeks 6.46 inches 10.58 ounces 16.4 cm 300 grams
(crown to heel) (crown to heel)
20 weeks 10.08 inches 10.58 ounces 25.6 cm 300 grams
21 weeks 10.51 inches 12.70 ounces 26.7 cm 360 grams
22 weeks 10.94 inches 15.17 ounces 27.8 cm 430 grams
23 weeks 11.38 inches 1.10 pound 28.9 cm 501 grams
24 weeks 11.81 inches 1.32 pound 30 cm 600 grams
25 weeks 13.62 inches 1.46 pound 34.6 cm 660 grams
26 weeks 14.02 inches 1.68 pound 35.6 cm 760 grams
27 weeks 14.41 inches 1.93 pound 36.6 cm 875 grams
28 weeks 14.80 inches 2.22 pounds 37.6 cm 1005 grams
29 weeks 15.2 inches 2.54 pounds 38.6 cm 1153 grams
30 weeks 15.71 inches 2.91 pounds 39.9 cm 1319 grams
31 weeks 16.18 inches 3.31 pounds 41.1 cm 1502 grams
32 weeks 16.69 inches 3.75 pounds 42.4 cm 1702 grams
33 weeks 17.20 inches 4.23 pounds 43.7 cm 1918 grams
34 weeks 17.72 inches 4.73 pounds 45 cm 2146 grams
35 weeks 18.19 inches 5.25 pounds 46.2 cm 2383 grams
36 weeks 18.66 inches 5.78 pounds 47.4 cm 2622 grams
37 weeks 19.13 inches 6.30 pounds 48.6 cm 2859 grams
38 weeks 19.61 inches 6.80 pounds 49.8 cm 3083 grams
39 weeks 19.96 inches 7.25 pounds 50.7 cm 3288 grams
40 weeks 20.16 inches 7.63 pounds 51.2 cm 3462 grams
41 weeks 20.35 inches 7.93 pounds 51.7 cm 3597 grams
42 weeks 20.28 inches 8.12 pounds 51.5 cm 3685 grams

Tuesday, March 12, 2013

Sanah Helwah Habibi



assalamualaikum wbt..

12 / 3/ 113

cantikkan tarikh ni abg..sama cantik dgn tarikh 24/2 ^_^

Selamat Hari Lahir Abang sayang

Happy Birthday Abi handsome

Sanah Helwah tuan doktor awesome

... ( x th da bhs pe lg..hikhik )


cinta hati..

wlaupun abang tiada di sisi utk sayang raikan ulang tahun kelahiran abang, sayang hrp dgn nukilan & bicara melalui telefon dpt menggantikan diri nur. tahun pertama nur meraikan bithday org lain selain drpd famili nur..dan bg nur, ini adlh kenangan yg plg bermakna krn pertama kali dpt memberi ucapan kpd insan yg bergelar suami, pemilik hati nur, pemilik cinta nur slps Allah dan Rasul.. :)

maafkan nur whai pemilik hati,

nur x dpt nk buat mcm org lain..keadaan x mengizinkan kita lg :( Namun nur yakin, semua itu hanyalah simbolik shj bg sesebuah majis hari jadi utk tnjukkan rasa ingatan pada diriny..namun, ..wlaupun peluang itu sayang x dpt,setiap prkara ttg abang nur sntiasa ingatiny..hampir 3 bulan sbg isteri abg, dr masa ke semasa nur byk pelajri ttg abg..& insyaallah, ttg diri abg akan sntiasa nur pelajari dan ia tiada satu tempoh yg rigid utk seseorg itu memahami sepenuhny ttg diri seseorg.. ^_^


sayang & baby doakan kpd abg mg diberi nikmat kesihatan jasmani & rohani agar abang sntiasa menjadi hamba yg bertaqwa dan beramal soleh..kami doakan abg dpt menggapai sgl impian abg.walaupun sesukar mana pun ia, sayang harap abi tetap ampuh n always remember that kami sentiasa brd disisi abg..

" seorang isteri adalah sayap kiri perjuangan suaminya ".. doakan nur agar sntiasa dpt mnjdi pendamping abg di setiap saat.. ^_^







sayang abang sgt2..cinta nur pd abang hanyalah kerana Allah.. mdh-mudahan landasan cinta nur dan abg kekal pd jalan diredhaiNYA..





ayang bg kat abg a bouquet of carnations <3 <3

carnation adlh simbolik perasaan syg kat abang..

carnation mean that syg sgt menghargai abg & abang adlh seorang yg menyenangkan.
carnation juga adlah simbolik pd tarikan cinta..^_^

thats why ur sweet zaujah gives this flower ^_^
i'm in love with you, doc cinta :)


sayonara !!

wassalam wbt..

am i a sweet person darling ?? ^_^

Monday, March 11, 2013

a part of Husband ~ wiFe

wlau digelar married students.., but the happiness always surrounding bilamana insan yg digelar suami & isteri saling menerima dan memberi tanpa sbrg syarat penghalang.. :)

kenangan pengubat rindu ubat suami tercinta yg jauh di mata..namun sntiasa hadir dlm aliran darah dlm diri syg ^_^




















sweet x abg??

Sunday, March 10, 2013

Kemaaafan itu Umpama salju....



Sekadar nukilan tazkirah untuk ingatan diri sendiri(Abie) yang penuh dengan kelemahan.


Life is too short for us to fill it with hatred espsecially among spouse.Itulah ungkapan yg paling sesuai yg abg bleh ingat dalam aplikasi pada nukilan hari ni.Bile diimbas kembali episode2 kemarahan yg pernah berlaku,timbul persoalan dlm diri...Allah itu bersifat Al-`Afu(Maha Pemberi Maaf) yg sudah berjanji awal2 lagi jika hambanye meminta ampun atas dosa yg kite lakukan nescaya Dia sanggup memaafi kita kecuali dosa syirik.Namun,persoalan timbul apakah manusia itu lebih mulia dari Allah utk tidak memaafkan saudara mereka?Apakah diri kite terlalu sempurna lalu kite membertak org lain yg membuat dosa dgn kite bahkan amat malang sekali jika wujud perasaan diri yg bongkak.Sessunguhnye,manusia lebih2 lagi berhak memaafkan saudara mereka jika ade dosa sesame mereka dan org yg paling berhak adalah suami isteri.

Apakah berbaloi dalam sebuah pernikahan yg begitu suci dan kite telah berikrar utk setia dgn pasangan kite ttapi dlm mase yg same kite membiarkan emosi marah menguasai diri lalu tercedera berdarah hati pasangan kite.Apakah kite puas dgn hidup begitu?Namun,itu bukan persoalan utama yg harus kite fikirkan tetapi bahkan apakah Allah suka(ridha) bile kite dalam keadaan sebegitu?Tepuk dada tanye iman.Disinilah titik tolak dimane syaitan akan terus membesar-besar perkara yg remeh supaya di tumbulkan perasaan benci kpd suami/isteri agar mereka goyah dlm pernikahan yg sememangnye amat di benci oleh syaitan.

Maka,rentetan dari itulah Rasullullah memberi formula/ubat mujarab yg perlu lakukan bila sifat marah mengusai diri sebagai contoh dgn berwuduk.Ingatlah,kerana cinta Allah terus sudi memaafkan dan kerana cinta jugalah kite seharusnye sudi memaafkan kesalahan kesalahan pasangan kite hnye kerana mengharapkan kemaafan Allah jua.Dan ingatlah,kite mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita,Tetapi kerana peritah Allah agar mencintai mereka.

Jom,kite tukarkan default setting dlm hidup kite dgn berjanji kpd hati kecil kite supaya selalu berlapang dada dgn suadara kite yg meminta maaf kerna kadang2 kite terlupa bahawa Allah sedang menguji kite atas kesabaran kite.Dan ingatlah pahala atas kesabaran itu terlalu besar pahalanye dan marilah kite saling maaf-memaafi sesame hamba Allah .Bersangka baiklah dgn saudara kite walauapun terkadang perit utk menerimanye .
~carilah kesalahan kite serbu kali dulu sebelum kite mencari kesalahan saudara kite,kerna boleh jadi tindakan saudara kite itu adalah refleksi kesalahan kite yg chronic terhadap saudara kite jua~

sekian teme kasih


Abang mencintai sayang kerana Allah ^_^





Friday, March 8, 2013

Suami sOleh ^_^








1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Bersabarlah sayang...Allah sentiasa bersama mu





KELEBIHAN SEORANG ISTERI
1. Apabila suami pulang ke rumah dalan keadaan letih dan isteri melayan dengan baik,maka dia memperolehi pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabakan suaminya keluar rumah ke jalan ALLAH SWT dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lbh dulu drp suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000bidadari
3. Wanita yg menjaga solatnya,puasa,dan taat kpd suami,Allah SWT izinkan dia memasuki syurga dr mana-mana pintu yg disukainya.

4. kalau isteri melayan suami tanpa khianat,dia mendapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yg mati didalam keredhaan suaminya akn masuk syurga.

6.Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama,akan dapat pahala 80 tahun beribadat.

7.Isteri yg memandang suami dgn penuh kasehsayang dan suami yg memandang isteri juga dgn kaseh sayang,maka ALLAH SWT memandang dgn penuh Rahmat.

8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan,tetapi isterinya melayan dgn baik,maka mendapat separuh pahala jihad.
semoga kita menjadi seorang isteri yang solehah di mata suami
Dicatat oleh misya di 9:25 AM

Thursday, March 7, 2013

preGnancY diAry :: I



assalamualaikum wbt...

alhamdulillah..sang mentari dan rembulan silih berganti melaksanakan tugasny pd alam semesta.bagaikan pusingan matahari & bulan saling bekerjasama begitulah pertambahan hari ikatan perkahwinan abang & nur..diam x diam hampir nk masuk 11 minggu memegang title zaujah kpd en suami tersayang yg dipinjamkan Allah sbg pendamping di dunia dan mudahan2 di akhirat kelak,insyaallah..

alhamddulillah thumma 'ala kulliha..

pemberian rezeki dari Allah yg mencurah2 hinggakan tak terkata ingin melafazkkan kesyukuran paNYA.dikurniakan suami yg menenangkan jiwa dan sejuk pd pandangan mata.sedangkan nikmat ini disyukuri, DIA kurniakan lg rezeki yg x terhingga dlm ikatan abang & nur..zuriat yg sdg membesar dlm rahim nur.. :) alhamdulillah, lg 2 hari anak ibu dan abi ini akan menginjak usiany 10 minggu.. kejap je kan abang..nur rs bagaikan semalam je baru yg nur yakin nur pregnant after buat upt test..


abang,

before kahwin dgn abang..nur risau sgt andai x dpt berikan abg zuriat.tiada pasangan yg berkahwin yg tidak mahu anak kan abang.walaupun semuda mana umur seseorg itu, namun bila masuk ke alam perkahwinan, keinginan untuk mempunyai zuriat akan membuak-buak..mcm2 duk bermain dlm fikiran nur sblm ni..ye la, dgn period yg x teratur since matrix lg..bagaimanalah nk pregnant kan..tmbhn pl, billa abg tnya after married ttg period nur..nur x th nk jwb mcm mn kat abg pd mlm tu..but, mcm mn pun, bila da menjadi suami isteri, sdh tidak ad rahsiakan..selagi soalan yg ditanya oleh suami atau isteri itu relevan..maka jawapan perlu diberi..nur redha & tawakkal je pd Allah..since dr sekolah lg wlau x th siapa yg bkl menjadi imam nur, nur titipkan doa kpd Allah agar nur diberi peluang untuk menjadi seorang ibu dan dpt memberikan zuriat kpd suami nur..anak-anak adalah penyeri kpd sebuah rummahtangga..

namun..bila mana nama sebuah kehidupan dan kita ditadbir olehNYA..semua yg berlaku dlm kekuasaan Allah..
Alhamdulillah, after seminggu kahwin, nur dpt rskan satu perasaan yg lain dlm diri nur.abg ingt x lg yg nur tanya kpd abg perihal period blh brubah jgk ke after married?? ms nur, terdetik dlm hati nur.~~ adakah nur sdg pregnant?? ~~ nur yakin yg nur x period coz ikutkan tarikh..sptutny bln 1..itulah dikatakan rezeki yg diberi oleh Allah.. ^_^

abang x th.nur buat byk upt test..x kire da bazir duit ke x..masa 1st week pregnant, wlau buat upt test manalah nk terangkan test line yg naik..samar2 sgt.nmpk x nmpk..bila bgth abg, abg ckp jgn trlalu yakin kan.stil 50-50..mmg frust jgk bl abg ckp mcm tu..tabah je hati dgr..tp feeling kat dlm deny semua yg abg ckp..ntahla, time tu,wlau x nmpk jelas,nur yakin yg nur ppregnant..
then, after 3-4 hari nur try lg..sume upt yg dah guna nur simpan nk buat perbanndingan..2nd time pun still sama..2-3 minggu tu mmg duk berdebar je..betul ke x pregnant..x puas hati, nur google psl upt test..berhari2 duk bc..then, kali ke 3 buat ather week..line makin jelas skit..but stil samar2..tp snyap2 je x crta kat abg..:)

blik dr kl after jumpe abg..nur beli yg digital..n alhamdulillah,its true that nur +ve pregnant.. ^_^

pengalaman spnjg 9 minggu pregnant ??


sepanjang tempoh kehamilan, Alhamdulillah.Allah banyak sangat membantu nur.walaupun abang jauh dr sisi nur krn t/jwb abang namun Allah tetap permudahkan urusan kehamilan ini. awal2 dulu mmg bimbang jg..lg2 ini pengalaman nur yg pertama..zero knowledge n x dpt bygkan situasiny macam mn..selagi mana kita yakin Allah sentiasa ada bersama2 kita n doa kpdNya dgn penuh keihklasan, insyaAllah, Allah xkan menghampakan hambanya kan..?? ^_^

9 minggu ni pun nur xde rs alahan yg teruk2..cuma kdg2 shj..alhamdulillah.syukur sgt proses kehamilan yg amat mudah diberikan Allah..litle caliph yg sgt-sgt soleh.. :) abang junior katakan.. :) cnfirm ikut akhlak mulia sebagaimana abinya.. ^_^




P/s ::: segan pula nur kat abang..abang pl yg byk duk update kat sini..syukran syg utk perkongsian yg bermakna..kata2 abg mmg berhikmah n doakan nur mg dpt menjadi isteri solehah utk abang tersayang..

---- jgn simpan dlm hati klau time nur xde mood..besela, org tanam anggur x tumbuh2 mcm ni la gayany.. ---








loves till jannah..mg diberkati ikatan hati ini ^_^

Secebis Perkongsian Ringkas .....





sifat-sifat isteri solehah


Mentaati Perintah Suami

Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan. Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya, maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan untuk membuat suaminya berkenan, dengan yang adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya. Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Andaikata isteri menghadapi suami dengan lapang dada dan dia sudah mengetahui bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, maka tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, yang tentu sahaja permintaannya ini mesti disertai dengan alasan yang boleh diterima. Sebab apa pun yang ada pada dirinya adalah milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaannya.



Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya

Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. Dengan begitu suami tidak akan memandang kepada hal-hal yang diharamkan Allah, tidak berusaha lari rumah, untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di luar rumahnya. Sebab isterinya telah menyediakan iklim kehidupan yang nyaman untuk didiami, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari sesuap kehidupan. Dengan cara ini bererti isteri telah membuat Rabbnya redha, membahagiakan suami, mendapat limpahan rasa cinta dan perhatiannya.



Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya

Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya.
Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?



Suami Dalam Urusan Agama Dan DuniaMenolong

Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."
Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang.
Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."
Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)
Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami.
Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan.
Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.


Abang sayang awak selalu ^_^

Perkongsian Mutiara Hati Untuk Sayang ^_^




Perkongsian nukilan untuk sayang.....



Bercintalah berkali-kali... ^_^


"cinta itu perlu diperbaharui.Baharuilah cinta itu dengan kata2 yang baik.Jangan bisu dan jangan tuli.Sentiasalah menjadikan lidah yanag menuturkan kata yanag baik dan telinga yanag sentiasa terbuka untuk mendengar"....petikan yang abang petik dalam buku Pahrol Juoi.

Jom same2 terus bercinta sampai ke syurga..
Jom kite terus mensyukuri nikmat berkeluarga...jadikannye sumber kebahagiaan dan kegembiraan walau di sana terkadang terpijak duri.Jom saling maaf-memaafi,sayang-menyayangi dan cinta-mencintai....

Sayang adalah anugerah terindah dalam hidup abang ^_^
Abang sayang Nur sepenuh hati

Saturday, March 2, 2013

Pelabuhan ciNta buat KekaSih hAlaL



Assalamualaikum wbt..


apa khabar suami kesayangan nur?? makin bambam ke makin kurus :) tp wlau macammana pun abang, insyaallah selagi Allah berikan nur masa dan halal utk abang, rasa cinta, kasih & sayang nur hanyalah teristimewa buat abang, kekasih halal nur..( tp, ln kn kgsi da dgn baby..jgn jeles2 ye hubby.. ^_^ )

abang,

seronok sgt bila baca luahan / nukilan abg..mcm2 perasaan yg hadir bila duk bc..sebak, menangis, gembira, tersenyum...terima kasih abg krn mencintai dan menyayangi nur dgn sedemikian rupa..nur hargai & syukur sgt kerana Allah pinjamkan kepada nur seorang suami, pendamping, pelengkap diri yg sempurna pd pandangan nur..trm kasih abang krn menjadi suami nur & bakal abi kpd bakal zuriat yg mnjadi saham kita nnt.. :) nur sayang sgt2 kat abang..


perasaan nur sama sbgmn apa yg abang rasai bila cinta hati bermusafir.tiap kali bila lps hantar abg, nur akan nangis..xblh nk cntrol rs tu..tp,xpe kan abang..menangis utk seseorang yg halal disisi kita kan.. :) sometimes, bila rindu sgt kat abg..nur akan menangis jg..bila x menahan rasa rindu sgt kat abg..nur ambil wudhu' dan solat hajat..hanya mengadu padaNya y mampu dlm doa..nur xnk nmpk lemah kat dpn abg..nnt abg risau pl kat nur :)namun, nur syukur sgt2..coz wlau nur berjauhan dgn abang, namun nur tahu abg tetap akan pulang jgk..sdgkan kat luar2 sana rmai lg yg kurang bernasib baik lg kan abg..bila kita susah,kita kena lihat org yg lbih susah dr kita kan bie..bersangka baik dgn perancangan ALLAH..insyaALLAH kemanisannya kita akan rasa..

ujian dari Allah dlm pelbagai bentuk..ada insan diuji dgn kemiskinan, ada pula yg diuji dgn kesakitan..sesetengah insan pula diuji dgn penderitaan..namun, jgnlah kita alpa dan lalai bahawa ujian ALLAH jg blh dlm bentuk perkara yg kita sayangi dan sukai..ada insan diuji dgn kekayaan,kesenangan dan bahkan ad juga diuji dgn rasa sayang & kasih..maka,janganlah kita terleka krn lazimnya bila diuji dgn nikmat2 yg menyenangkan lazimny ramai manusia yg alpa, hanya sdikit sekali yg mensyukuri & ingat pada al-Khalid.. mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan yg kebanyakan.biarlah kita termasuk didalam golongan org yg sentiasa bersyukur..semua ujian ini hanyalah satu matlamatnya.. :::



ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]






أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]



semarakkan rasa cinta dengan keimanan & ketaqwaan..bila mana rasa cinta pd Allah hadir pada diri, insyaallah rasa cinta suami dan isteri sentiasa mekar seharum kasturi di taman.walau bertambah temph perkahwinan..namun pelabuhan cinta tetap meriah dgn kehadiran pengunjung2 yg menyerikan cinta yg wujud dg suasana2 baru..setiap hari itu akan indah & kemanisannya lebih baik drpd madu..


loves till jannah..


nur sayangkan abang..




loves,

zaujah







p/s :::


nur rs da makin bambam je isteri abg ni..berat maintai je..:)


Musafir Memperbaharui Rase Cinta


Teringat ingat kate2 ahli hikmahnye kapada sahabatnye 'Antaranye :beliau berpesan "hendaklah kamu berkahwinan lagi sebulan sekali."Sahabatnye berasa pelik lantas bertanye semula,"Bagaimanasaya mampu bernikah sebulan sekali?"Ahli hikmah itu berkata,"Bermusafirlah sebulan sekali.Apabila engkau pulang ke rumah,nescaya kemesraan hubungan anatare kamu dengan isterimu akan menjadi seperti pengantin baru!

Dalam konteks yg sama,Aid alqarni telah menukilkan,

"ssekali melanconglah,agar anda dapat menyegarkan kembali suasana hidup dan dapat menyaksikan keindahan yang di negara lain.Melancong mempunyaikenikmatan yg tersendiri"

memang terase btul2 baru saje kawen setelah setiap 2 minggu abang merantau kat ampang balik klate jmp sayang dgn senyuman yg manis.sungguh mengasyikkan dan damai di hati.Abg pernah secara x sengaja mengalir air mata sbb terlalu rindu kat sayang lantas terus call sayang.bile dah rindu,memang rase hati abg terbelah dua ,terase mcm satu lagi kat dlm dada sayang dan abg perlu balik utk cantumkan die smula.itulah hakikat cinta abg pada sayang.Abg akui sayang banyak sgt berkorban utk abg.abg x boleh hidup tanpa sayang disisi.hati abg berbunga bile dah kawen ngan sayang.sayang adalah jawapan kpd jodoh yg abg selalu doakan kpd Allah bertahun2 lamenye.bile jmp sayang mase kat stesan bus aritu,tulah moment yg paling sweet yg mane abg lepaskan rindu abg semahunye dgn abg peluk sayang erat2 sampailah tibe di rumah P.C.Terase sungguh indah moment itu.Sesekali abg fikir,ade hikmah jgk berjauhan sbb bile jmp tu memang trase macam berkahwin sekali lagi dgn malu2 gitu si isteri.sungguh romantik sama mcm malam pertama kite dulu.itulah perkongsian luahan hati abg utk stakat ni.abg cube memberi n membahagiakan sayang semampu boleh wlaupun abg skang ni sibuk dgn banyak preparation yg perlu di buat utk professional exam nanti.Abg harap sayang faham situasi abg dan sume rakan2 abg yg dah kawen pun turut mengalami situasi yg same.



i luve u forever sayang

Wednesday, February 27, 2013

anTenatal bOOking ~~


assalamualaikum wbt..

merapu-meraban isteri yg jauh :)


alhamdulillah, semua urusan untuk antenatal booking dpt diselesaikan slps bbrp kali halangan..mmg hmpir2 nk putus asa da buat keje dengan govern..mmg la x perlu kluar duit seperti private tp nak selesaikan urusan..hanya ALLAH je yg tahu..blh buat mood swing..p sana, suruh p sini..p sini suruh bwk tu, bwk ni..( bg org yg x suka benda2 yg nk kena tunggu, bazir masa, mmg x suka sgt dgn benda2 leceh n rumit gini..).. no wonder la, yg muda blh jd tua dulu, keje yg dibuat membabi buta bg sstgh org, mkn rasuah byk2... keje byk, pulangan xde..n yg penting, no wonder la, a few of them layan pelanggan ntah pape..mmcm yg jmpe ni bkn org jgk..that why, slgi sistem x brubah n mentaliti pekerja duk takuk lama, slagi tu la duk takat ni blaka..
mmg sistem kerajaan malaysia mcm ni ye?? x kire la bdg pape2 pun..bila dgn pelanggan/ org yg perlu khidmat msti jd mcm bola..tolak sana, tolak sini..hmm..sistem yg duli..kini dan mgkin akan datang juga tetap akan sama tanpa ada perubahan..

walaupun bkl menjadi penjawat awam jugak..take it sbg iktibar buat panduan diri..jgn duk buat perangai2 x senonoh mcm tu..make sure, letakkan iman, agama di depan n ikhlas dlm berkhidmat..wlaupun kecil mcm zarah, jgn duk pandang remeh..REMEMBER !!! jika kita nk org layan kita n fmli kita dgn baik, maka kita perlu jd baik terlebih dahulu kat org..jgn duk ikut cop yg org duk bg..bila org melayu..sume x jd..Melayu x membawa kemana..yg penting,kita mesti ingt yg kita ni orang ISLAM!!


banyak nur duk merapu kan.. :)

back to the topic..

pagi2 tu at 8 am , menapak la dg kete p klinik desa..abg kata nurse xkan ingt kan..each person different..we need to remember that..nurse tu ingt n tnya knapa x dtg..jenuh duk karang alasan tipu sunat..pengajaran tu :) mujur ad rezeki hari tu..coz dtg awl, nur b utk buat booking..after menunggu dkt sejam, br dpt turn.time tu ad dkt 7 org kot semuanya..mjur bwk buku sbijik.klau x duk kelip2 bilang siling klinik da.. ^_^

mula2, nur isi sgl mklumat kat buku tu..dkt stgh jam la jg.then nurse @ k.nor suruh p toilet utk buat urine test.alhamdulillah, 1st step setle..lepas tu, k.nor bwk p msuk bilik utk checkup perut, br****, tangan, mulut n tengkuk for tyroid..masa check dada, k.nor ad tnya, ad buat checkup br**** x sdiri.so far, ok.jawabla kat nurse tu..buat jgk..sbln sekali.. :)and she said good..

after checkuo semua, ad sesi nasihat2 skit..byk yg dipesan n siap tulis lg dlm buku tu skali.psl penjagaan kandungan, fungsi folic asid n ttg cara guna garam iodin..nur dpt hadiah garam 3 packs coz 1st pregnancy..




semua urusan di KD abis after 2 hours..then, pkul 10 gerak ke KKPC pl..time ni lapar xyh kate la..tp nk cr mknan kat mana kan..klau p lambat nk mkn dulu, lambat plk sdh..so trpaksa la pujuk perut n baby utk puasa dulu kejap..kejap2 pun dkt pukul 1 la jgk br sdh blaka..then, jumpe nasi dkt pkul 1.30..beli nasi siap2 sblm balik.. :)

kat KK..alhamdulillah, nurse n doc semua baik2..cuma akak dkt lab je x mesra alam skit..masam je muka mcm asam keping..( gaduh dgn husband kot..:) )smbil duk tunggu tu, byk observation yg duk buat..tgk gelagat org yn pekerja yg mcm2..yg pling terkesan kat hati bila tgk 3 orang banduan bakal ibu duk tunggu utk checkup..masa duduk kat bangku x perasan yg di seat dpn tu semuanya banduan..kesian sgt tgk..tgn semuany bergari dgn seorang pegawai penjara perempuan..mmg kesian sgt..sume sarat da..maybe da 6 bulan mengandung kot akak sorang tu..nur duk fikir, mcm mn la kan hidup kat penjara dlm keadaan mengandung mcm tu.cnfirm br masuk penjara je kan dieorg sbb tgh pregnant..nur duk fikir,apalah kesalahan yg dieorg buat sbb bila tgk air muka..baik je blaka..nur siap senyum lg kat akak sorang ni bila die bangun..bagaimana perasaan mereka ye bie bila dtg ke tmpat awam mcm klinik ke or pape dgn keadaan da la pakai baju penjara kemudian bergari pula..sdh tentu malu n mgkin ad yg pndang jelek kan..tp, wlau mcm mana pun seseorang itu n malu dgn masyrakat..namun utk kebaikan anak dlm kandungan, semua perasaan tu letak tepi kan..kmudian bila lahir nnt..anak2 tersebut akan dibesarkan di penjara max slm setahun..sekiranya hukuman si ibu msih lg berbaki..ibu terpaksa merelakan diri untuk berpisah dgn anakny..di sini pun,nur dpt bygkan mcm mana kprluan anak itu nnt x akan sama sbgmn anak2 yg sebaya yg lain.. :(

bila tgk kesusahan org, br kita bljar erti syukur dgn nikmat yg kita ada kan bie..sebab itu,agama iman perlu diletak di depan n sbg cara hidup..bila agama diturunkan darjatny dlm diri dan kalah pd nafsu..byk akibat yg buruk bkl berlaku..mdh2n..ia menjadi tauladan buat diri nur dan abg..







wassalam wbt.

the Best gift from weEtlove ~~ mr HubBy


assalamualaikum wbt...

wah !!! da banyak sampah berlonggok dlm wall ni..punya la lama x menyapu..keje duk lalu je everyday..penyapu x pernah nak beli2.. ^_^

apa khabar en suami?? da 3 days berjauhan dgn abg since mlm ahad lalu..npk gayanya sayang kena start kumpul rs rindu blik la..kali ni x th la brp kotak yg dapat nnt nk tnggu jumpe abang balik anther 6 weeks lg..

how ur study bie?? nur doakan smua berjalan dgn lancar dan abg will go through it very well, insyllah :) tp disebalik kesibukan belajar tu, dont forget about ur health..abg kn jg kesihatan abg taw..( ni pesanan dari anak abg and mrs wifey.. ^_^ ) baby xmo abi die sakit2..baby nga ibu xde disisi abi nk pantau kshatan, pemakanan n pemakaian abg.. :)

abang,

nur nk ucapkan trm kasih kat abang coz sudi balik during bufday nur..nur th abg penat.ye la, dgn abis kelas almost 7 then nk p putra plk utk balik kelantan..cnfirm penat dgn journey yg panjang pergi balik...walaupun dpt bersama-sama abg hanya utk 2h1m..tp itu sgt bermakna buat nur & litle caliph..insyllah, nur doakan kelelahan dan kepenatan abg utk spend masa dgn family mendtgkan ganjaran utk abg dlm urusan abg.. :)


abang,

thanks for da wish dan surat cinta..hadiah yg plg bermakna n special..ianya satu hadiah yg amat bermakna and priceless to me :)
alfun syukran bie :) ( hug & kiss utk abg :) )



****************************************************************************************************

Assalamulaikum wbt


Selamat hari Lahir Nur yang ke 25 tahun,for the first time abg wish happy birthday utk kekasih hati abg yg disayangi.Pada tarikh ni juga bermkasud sudah genap 2 bulan kite melayar bahtera rumah tangga sebagai suami isteri setelah lame terpisah mengejar cita2 masing2.Sehingga ke hari ini abg terus bersyukur kepada illahi atas kurniaan seorang insan yg abg selalu doakan sejak dari zaman remaja lagi utk mendapat isteri yg solehah dan menjadi penyejuk mata abg di dunia dan menjadi penguat semangat utk same2 memburu akhirat.Abg sungguh terharu dgn layanan baik sayang kat abg sejak kite berkahwin.Sungguhpun kadang2 kite terasa hati/merajuk ,itu adalah lumrah asam garam dlm rumah tangga.Selalu abg ulangkan dlm percakapan ngan Nur,tiade manusia yg sempurna dlm dunia ni dan hendkalah kite maaf memaafkan anatare satu same lain jika ade yg terasa.
Sekali lagi abg ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 25 TAHUN.Semoga Allah swt merahmati Nur di dunia dan akhirat


Abang sayang Nur kerana Allah swt



Kenangan Terindah Bersama 24 Disember 2012

Thursday, February 14, 2013

Wednesday, February 13, 2013

Abang vS BeacH ^_^


Good Evening !! 2nd entry @ the same day ^_^


kali ketiga bersama abang slps berkahwin, make me know a new thing about my beloved husband :) what is it???

11 hari bersama dgn abang..Nur dpt tahu ttg fav abang..PANTAI !! ^_^ klau blh, everyday and tiap pagi dan petang abang nak ke pantai kan..terpancar keterujaan en suami bila dpt ke pantai..mujur both rumah dkt dgn pantai kan..hikhik.. lps2 ni kn posting kawasan dkt dgn pantai la abang, br best and enjoy ur life :)

abang vs pantai === like kanak2 ribena yg x pernah jumpe air :) but i love looking at you when you was play at the beach..mcm2 aksi n gaya :)

so..lets the pic story about everything ~~





anuGerah teRindah


assalamualaikum wbt..

sesi sapu n bersihkan blog dari sesawang after lbih seminggu x coret-coret & merapu di sini :)
bila doc cinta ada di depan mata, semua indah2 blaka..laptop2 sume tolak tepi.xde masa nk online ( mcm sibuk sgt everyday tu kan..hikhik ) ..mmg sibuk pun, sibuk bercinta dgn en husband tersayaangg!! ^_^

alhamdulillah..4 feb lalu p check up di klinik..after tangguh berhari2..finally we decide to go an-nisa' to meke confirmation about pregnancy..org yg plg 'akrab' dgn klinik/ hospital,mmg mcm2 ragam nk blh masuk ke klinik tu..x th la ap yg alergi sgt dgn yg sgkut paut dgn hsptal ni.( mujur sayang x alergi dg abg kan..hikhik ^_^ )

after daftar for a whille, nurse panggil masuk..yg x menahanny, en hubby yg masuk dl..puan wifey yg nk buat check up plk duk jln lmbt2 nk msuk dlm..(bila nk brubah x th la..then, doc buat upt test..alhamdulillah, its +ve..so, next step buat ultrasound.time tu sbnrnya nervous..pengalaman pertama and x pernah2 alami this situation..after a while, doc tunjukkan sac fetus and the tiny dot in the sac..perasaan masa tu mmg x dpt digambarkan mcm mn...sedih, happy, tergamam, terkejut lihat salah satu kekuasaan ALLAH dlm proses kejadian manusia..pengalaman yg plg bermakna dan mcm x percaya that now a litle caliph growing up in my tummy.. :) time buat checkup doc bgth yg kandungan da berusia 5w 3d.


1st pic during 5weeks pregnancy.. :).the estimate delivery date during early of october :)..hope everything will be fine and the litle caliph keep growing very well during the pregnancy period..mg sayang sentiasa dlm jagaan ALLAH..insyaallah..

before balik..doc bagi multivitamin utk diambil setiap hari..ubat yg sgt cantik..tp dikategorikan pd saiz yg besar..( klau da mmg liat nk telan ubat, mcm2 analogi dibuat oleh isteri abg ni :) )


sementara duk tunggu nurse nk panggil beri ubat tu..en abang tersayang mengaplikasikan ilmu yg tlh belajar..duk buat calculation bila proses persenyawaan berlaku..xde kertas, tapak tangan pun jadi disebabkan oleh overexcited and teruja bakal seorang abi :)
penuh palm duk buat kira2..hikhik..from the edd, abg told that the journey was start during 28th of dec..5 days after married :) alhamdulillah, wlau perkahwinan jarak jauh, namn ALLAH permudahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..^_^ THANK YOU ALLAH for the blessing and barakah..



Wednesday, January 30, 2013

haPPy eXam dOc Cinta


Assalamualaikum wbt..

buat abang yg dicintai & dirindui kerana ALLAH..

kad ini buat pengganti diri nur dan baby sbg tanda sokongan dan dorongan kami buat abang di sana..
nak post kad x sempat dah ( Fed-ex & pos laju x buat kurier mlm2 ni ^_^ ) sayang doakan abang diberikan kefahaman dan kemudahan sepanjang exam yg dilalui..just keep it up ur strength and spirit to go through this journey till the ending..insyaALLAH, everything will be fine and better.. abang anggaplah semua exam yg abang lalui kini dan yg sebelum2 ini sbg persediaan utk abang menghadapi Profesional Exam sblm garisan penamat abang nanti..

nur sentiasa doakan yg terbaik untuk abang dan nur akan sentiasa berikan sokongan serta bersama-sama dgn abang menghadapi saat2 sukar abang..hanya ini yg mampu nur dan our baby berikan untuk abi tersayang :)

keeep the trust to ALLAH..

Allah menguji abang dan sahabat-sahabat abang untuk menjadi seorang doktor kerana abang mampu menghadapinya..jadikannya sebagai motivasi untuk abang trus bangkit dan menuju puncak dalam karier abang yg bakal bermula..penamat yg abang akan temui nanti adalah permulaan kepada langkah abang yg seterusnya..insyaallah..


sedikit perkongsian untuk abang apa yg menjadi motivasi nur di kala nur rasa ingin tersungkur, x terdaya dan lemah.motivasi since daripada nur di bumi naim lg yg sering kmbalikan nur pd landasan dan bersangka baik dgn Allah.. betapa indahny ayat-ayat cinta dari ALLAH :)di kala kita sedih, Allah menggembirakan..di kala kita lemah, Allah berikan kita semangat..indahkan abang hidup bersyariat bila al-quran sbg panduan..mudah-mudahan hidayah ini, rasa ini tidak ditarik dr hati dan kehidupan kita..insyaallah :)


Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.

Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka.
Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)


Bahkan abang, Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”


(Riwayat Imam Tirmizi)

love u en suami yg soleh ^_^


p/s : andai ada kekurangan dan kesilapan,nur minta maaf..ilmu nur hanyalah dangkal shj jika dibandingkan dgn apa yg abang ketahui..abang inspirasi nur utk setiap t/laku abang..


~~ lovely zaujah~~